Nuffnang

Nuffnang

Wednesday, 10 April 2013

Blog Khas Untuk Kucing-kucing Kesayangan Kami

Salam olz, blog ni kami buat khas untuk kongsi pengalaman kami membela kucing jalanan yang kami jumpa. kenalkan Kecik (yang hitam manis tuh), Adek(si putih elegan) dan terbaru Toro(si tuxedo).

Adek kucing pertama yang kami bela. Masa tu kami baru je kemalangan motor. Masa tengah tunggu motor kt bengkel la kami terjumpa dengan Adek. Rasanya umur dia masa tu baru 2 bulan. Kami tengok dia comel sangat dan putih bersih walaupun dia cuma kucing jalanan. Adek ni kami ambil dari mummy dan adik beradik dia yang lain. tapi u olz jgn la risau sebelum kami ambil dari mummy dia kami dah mintak izin kat mummy dia. Mummy dia pandai tau angguk elok je masa kami mintak :).

Kecik lak kami adopt masa hubby pergi kedai abang dia. Masa tu memang tak terfikir pun nak tambah lagi seekor. kakak ipar yang bagitau kami ada ibu kucing beranak 5 ekor cantik-cantik. Si Kecik ni seekor je yang kaler itam. Kakak-kakak dia yang lain semua kaler belang kelabu dan ekor comel je sume ketot.mungkin kecik ikut baka daddy dia persian hitam kot. disebabkan cuma Kecik je yang ekor panjang dan tertarik dengan corak badan dia yang unik( bahagian perut dia stripe hitam dan kelabu) so kami pun ambil la si Kecik.

Yang terakhir kami adopt si Toro yang comel. Toro ni special sikit sebab kami tak jumpa tepi jalan tapi kami jumpa di Facebook. Masa ambil Toro ni saya jangka dia ni dalam umur 3 minggu je lagi. Dia ni manja sangat .

Coming soon by this month kami nak tambah lagi seekor kucing betina putih. memandangkan current kitten kami jejaka perkasa semuanya, kena lah kami cari seekor puteri ayu join geng. siap dah booking dengan opismate.Perak mali ..hehehe.. Dan sekarang juga kami tunggu masa je mummy Kecik pregnant balik. sebab kakak ipar ada cakap mummy Kecik sibuk berdating dengan daddy Kecik persian hitam sekarang nih.Daddy Kecik baka besar bulu lebat kaler hitam. Mummy dia pulak mix mainecoon.Kompem nanti dapat anak2 bulus yang comey. dia pregnant je kami ambil mummy dia bersalin kat rumah kami. ada gambar nanti kami upload kat sini.

Cukup setakat ni dulu intro anak2 ni dulu. Nanti kami akan update 1-1 entry untuk anak2 bulus kami.

kat bawah ni la bulus2 kami masa first time ambil

 Adek. lahap dapat wet food

Kecik.cian dia muka comot je

Toro.comey x tuxedo sy?

No comments:

Post a Comment