Nuffnang

Nuffnang

Thursday 30 May 2013

New Mommy

Salam.. lama tak update blog.sangat la busy lately sejak jaga cucu meow..
Presenting our new adopted mommy called Ibu. Ibu baru je bersalin pada 28.05.2013 5.27am. Babies dia memang comey2 bulu panjang sume. total ada 4 ekor semuanya. seekor jantan(belang hitam grey), 3 betina( 2 ekor choc grey strip & seekor kaler pure white cream). bukan main happy kami pagi2 tiba-tiba dok dengar anak kucing mengeow bawah katil.. usha punya usha tercongok la ibu dok jilat first baby dia si putih.. cepat2 hubby letak kt kotak sebab tengok perut dan gayanya cam nak bersalin lagi tuh. yang kedua keluar kaler itam hero Malaya. Dan lepas ibu rehat dalam 10-15minit baru lah dia bersalin lagi 2 ekor choc grey.  comey2.. harap2 semua dapt membesar dengan selamat sihat dan gemuk2... hehehe

ibu buyung 3 ari sebelum bersalin

 usha2 port nak bersalin le tu.. tapi laz2 nak bersalin bawah katil jugak

 ni lah gambar cucu2 kami umur 2 hari.. kecik lagi dah aktif

gambar update ni masa umur 3 hari.. 

Thursday 18 April 2013

Jom Kenal Baka Kucing

Salam olz, hari ini kami nak share pasal baka2 kucing seluruh dunia untuk tambah pengetahuan..layanzzz..

Abyssinian
Asal dari Mesir.Mostly warna bulu memang brown dan bulu pendek. Yang palik unik dan susah nak jumpa kaler silver.Kucing ni agak aktif, bijak dan suka main. Kucing jenis ni juga sangat manja dan boleh jadi stress kalu kurang perhatian dan kasih sayang dari owner atau bosan tak ada aktiviti. So korg kena la rajin2 teman dia main.
 Extra Info , klik sini

Aegean Cat
Ha si comel ni asal dari Greece. Lawakan. Kat pedalaman Greece meow ni digunakan sebagai pemangsa untuk mengawal populasi tetikus.  meow ni memang sangat bijak,mesra dengan manusia. nampak je muka garang tapi meow ni sosial tau kuat bercakap(bahasa kucing lor) sebab dia suka dapat perhatian. meowwww
Extra Info,klik sini

Australian Mist
Meow ni memang sesuai sangat la bela kalu rumah ada budak or baby sebab meow ni jarang tak suka guna cakar. Meow ni memang sangat sesuai dijadikan kucing indoor sebab sangat manja dengan manusia tak kira la kita ni sakit ke sihat.truly companion type of cat.
Extra INFO, KLIK SINI

American Curl
Toemynye tinge dia. American curl ni skearang dah makin femes kat Malaysia disebabkan kesetiaan meow ni dah sama macam anjing. manja dan suka ikut kemana je tuan dia pergi.Yang mahal tinge dia. makin curl makin mahal. Tapi kalau tinge curl dia dah cecah kat tengkorak belakang pale dia tuh dah disqualified. 
Extra Info,klik sini

American Bobtail
meow ni memang la sangat terkenal dengan kepintaran dia. meow ni suka men play fetch dan paling unik meow ni pandai belajar trick buka pintu dan pagar. ada gak certain breed ni cepat tertarik dengan benda bersinar dan suka sorokkan kat tempat persembunyian dia. So owner kena la tau mana kem meow ni kot la meow gi sorok rantai emas ke mau meraung kita ye tak.. bijak kan?
Extra Info, klik sini

American Shorthair
Korg suka kucing yang rajin tangkap tikus tapi muka kucing tu maintain cute gitu.. ha ni la pilihan terbaik. skill pemangsa dia mmg excellent. dan meow ni peramah dan rapat dengan budak2 dan anjing. baka meow ni memang besar dan kalau dijaga dengan baik jangka hayat meow ni boleh mencecah 15 tahun atau lebih!
Extra info,klik sini

Bengal
meow seekor ni lak memang jenis yang tak duduk diam. aktif memanjat main kejar2. dan paling dia suka main running tap water.. tomey tapi mahal lor..
Etra Info, klik sini

Birman
Tomey tak stokin putih caya. ni la beza kucing birman dengan kucing burmese.. tang stokin putih dia tuh..
meow ni jenis penyang dan lembut.
Extra Info,klik sini

Bombay
cakk! nampak meow tak? cantik berkilat je bulu meow.. meow ni jenis yang atention seeker tau. sangat suka dok kat riba dan kat bahu. Ke mana tuan dia pergi dia mesti ikut. meow ni tak suka kena tinggal seekor kat rumah dalam tempoh yang lama.
Extra Info, klik sini

British Shorthair
Berbulu tebal. meow ni lebih suka duduk di sebelah owner berbanding atas riba. Dan meow jenis ni memang tenang dan boleh fit in dengan kanak2, arnab dan anjing.
Extra Info,klik sini

Burmese
Burmese aka Burma.lagi satu meow yang manja sangat ikut tuan gi mana saja. kurang mengeow compare dengan kucing siam. Dan tak suka ditinggal lama2 berseorangan
Extra Info, klik sini

Cheetoh
Ha yang ni mcm belum femes kat Malaysia. Meow ni cross breed from bengal dan ocicat. Dan meow ni boleh membesar lebih besar berbanding dengan parent cross breed. Dan berita baik untuk peminat kucing exotic, meow ni muka garang dan badan besar tapi sangat penyayang dan boleh berinteraksi dengan baik dengan manusia dan haiwan kucing yang lain.
Extra info, klik sini

Dragon Li
Made in China. Handsome mok2 je muka dia kan. tapi tak berapa banyak info pasal meow ni.
Extra info, klik sini

Exotic Shorthair
Sapa2 yang tertanya kucing femes nama snoopy tu baka apa, ha ni la baka meow snoopy. Cute tak dia posing? Alright , meow ni senang nak jaga compare dengan persian. minimum seminggu sekali brush bulu2 tebal meow. senang nak jaga. tapi taik mata tu menten kena lap selau la..
Extra Info, klik sini

Himalayan
Beza meow ni dengan persian, meow ni ada ada colour point dan aktif berbanding persian(Sebab ada trait kucing siam). suka sangat main play fetch dan any toy. sila groom meow ni hari2 ye. jangan lupa lap mata dia selalu
Extra info,klik sini

Maine Coon
Macam singa youu.. Maine Coon ni memang suka sangat menepek dengan tuan dia. Meow yang sosial dan tiada masalah sekiranya ada pet atau kehadiran baby baru. Salah seekor kucing yang ada sifat setia seperti anjing.
Extra info, klik sini

Manx
Meow takde ekor tapi badan memang kuat boleh lompat tinggi dan lari pantas. sangat setia pada tuan.
Extra Info,klik sini

Munchkin
Walaupun kaki ketot tetap maintain comel.
Extra Info,klik sini

Norwegian Forest Cat
Macam singa besar. Senang jaga sebab cuma perlukan minimum Brushing coat. Sape2 nak bela meow ni wajib ada cat tree ysng tinggi kat rumah ye sebab dia ni aktif sangat
Extra Info,klik sini

Persian
Sape tak kenal baka ni kan.. Favourite kat Malaysia.
Extra Info, klik sini

Ragdoll
Tomey2.. Meow yang sopan tak suka lompat2 dan tak akan keluar cakar masa bermain...meow ni suka greet owner kat depan pintu, main dengan owner, tidur dengan owner. semua dengan owner.
Extra info, klik sini

Russian Blue
Meow ni suka main dan kalau main tu memang lama.Jenis yang kuat touching kalau owner buat tak endah kat dia. Tapi meow ni jenis tak kisah kalau kena tinggal seekor kat rumah, cuma akan lebih happy bila tuan dia balik.
Extra info, klik sini

Savannah
Bijak pandai especially buka pintu. Aktif dan boleh melompat tinggi.sangat loyal pada tuan.
Extra info,klik sini

Scottish Fold
Telinga kiut penyek macam teddy bear. Meow ni jenis yang senang adapt dengan perubahan drastik.
Extra info,klik sini

Siamese
cute je mata biru laut.Sangat aktif tapi agak banyak meow2.. Suka chitchat dengan owner
Extra Info,klik sini

Snowshoe
Si femes grumpy cat tuh dari breed ni ler.. meow yang unik sebab lain meow lain personality. ada yang soft, ada gak yang bossy. Expresi muka meow ni yang susah nak dapat kat meow lain.
Extra Info,klik sini

Sphynx
Walaupun kmeow ni xde bulus, tapi harga mahal ye.. kucing elit
Extra Info, klik sini

Turkish Angora
So tomey ni tak perlu sikat sangat, memadai seminggu atau 2 minggu sekali. sangat bijak dan peramah.
Extra Info,klik sini

Turkish Van
Meow ni meow paling special sebab meow ni sangat obses dengan air. Siap suka berenang kat kolam renang. Sesuai sangat kat owner2 yang takut kena cakar masa mandikan meow.hehehe...
Extra info, klik sini

Sekian saja info untuk kali ni, hope pada yang baru berjinak dengan kucing tahu kucing apa yang sesuai dengan anda supaya anda dan kucing dapat hidup seesa dan bahagia...Pilihlah yang sesuai, elakkan pembuangan kucing. Sekian.

Tuesday 16 April 2013

Makanan Pilihan Untuk Kucing Anda?

Salam olz... hari ini kami plan nak beli makanan bulus2. Banyak betul pilihan. Tapi kita kena aware sekarang ni banyak commercial cat food ada letak bahan2 merapu kat dalam, contohnya bahan2 by-product, carbohydrates, corn, gluten.. Bahan2 ni tak elok untuk kucing kita. Masa pilih tu kita check kat top 5 main ingredient, kalau ada gluten/starch/corn atau seangkatan dengannya kita kena la hati2. Ada sesetengah kucing akan memberikan reaksi alergi kalau makan gluten. Contoh simptom2 alergi diarrhea(cirit birit), muntah dan hilang selera makan.

Maklumat lanjut mengenai by product and filler sila klik sini


Below ada sikit pasal info makanan kucing.

1) Evo Cat Food
EVO Benefits

  • Grain free for when extra carbs and grain intolerances are a concern
  • High levels of protein from quality meat, poultry and fish
  • Excellent palatability
  • Skin and coat health
  • High digestibility and decreased waste
  • Energy and nutrient-dense
  • Formulated with added antioxidant vitamins
  • Fortified with vitamins and minerals



Antara makanan kucing premium mahal kat Malaysia ni. Dan for your info gak, xbanyak petshop jual brand ni. Yang bestnya Evo kandungan protein tinggi dan carbohydrate rendah. Carbohydrate ni bahan yang tak diperlukan untuk si bulus.

Aneka Pilihan
1) Turkey & Chicken Formula Dry Cat & Kitten Food
2) Herring & Salmon Formula Dry Cat Food
3) Weight Management Dry Cat Food
4) Turkey & Chicken Formula Canned Cat & Kitten Food
5) 95% Chicken & Turkey Canned Cat Food95% Beef Canned Cat Food
6) 95% Venison Canned Cat Food
7) 95% Duck Canned Cat Food
8) Wild Cravings Turkey & Chicken Formula Cat Treats
9) Wild Cravings Herring & Salmon Formula Cat Treats
10) Wild Cravings Weight Management Cat Treats

Guaranteed Analysis

Guaranteed Analysis
NameValue (units)
Crude Protein (Min)50.0 %
Crude Fat (Min)22.0 %
Crude Fiber (Max)2.0 %
Moisture (Max)10.0 %
Carbohydrates NFE (Max)7.0 %
Linoleic Acid (an Omega-6 Fatty Acid) (Min)4.0 %
Magnesium (Max)0.1 %
Vitamin E (Min)300.0 IU/kg
Taurine (Min)0.2 %
Ascorbic Acid (Vitamin C) (Min)500.0 mg/kg
Omega-3 Fatty Acids (Min)0.4 %
DHA + EPA (Min)0.1 %
Total Microorganisms (Min)90.0 CFU/lb


More info pasal Evo, klik sini


2) Orijen

Orijen Benefit

  • MEAT AND PROTEIN RICH
  • NATURAL SOURCE OF TAURINE
  • RICH IN ANIMAL FAT
  • DHA AND EPA FROM FRESH FISH
  • LOW GLYCEMIC
  • GLUCOSAMINE & CHONDROITIN







Merupakan salah satu dari premium cat food, Orijen ni pula dah semakin mendapat sambutan kat Malaysia. Banyak pet owner comment yang kucing mereka memang suka sangat dengan Orijen.Mostly comment yang diberikan memang positive, Cirit.birit, muntah2 berkurangan, kucing makin sihat, bulu yang cantik...

Aneka Pilihan
1)Cat & Kitten
   BIOLOGICALLY APPROPRIATE™ CAT FOOD
   MADE WITH FREE RUN CHICKEN AND TURKEY, WILD CAUGHT FISH AND NEST LAID        EGGS
2)Six Fish
   BIOLOGICALLY APPROPRIATE™ CAT FOOD
   MADE WITH FRESH WILD CAUGHT CANADIAN FISH

GUARANTEED ANALYSIS

Crude protein (min.)...............42 %
Crude fat (min.)......................20 %
Crude fiber (max.)..................3 %
Moisture (max.)......................10 %
Calcium (min./max).................1.4 / 1.7 %
Phosphorus (min./max)............1.1 / 1.4 %
Omega-6 (min.).......................3.5 %                   
Omega-3 (min.).......................1.2 %                  
DHA (min.).............................0.7 %                        
EPA (min.)............................. 0.4 %                         
Taurine (min.).........................0.25 %                    
Magnesium (max.)..................0.09 %              
pH.........................................5

More info, klik sini

3) Royal Canin












Sejak bela kucing, ni la pilihan kami :) ..  Tapi bila tengok most comment dari pet owner luar negara , mereka cakap brand ni banyak menyebabkan alergi pada kucing mereka yang disebabkan kandungan gluten yang ada dlm pack. Mungkin ikut kucing kot, nasib baik lah kucing2 kami xde alergi. :)
Pilihan RC mmg banyak...Rambang mata youu...

Aneka Pilihan
1)Royal Canin Adult Fit 32
  Untuk kucing yang aktif dan sesuai untuk yang outdoor
2)Royal Canin Adult Persian 30
   Untuk kucing Parsi, Himalaya, Burma dan lain2
3)Royal Canin Babycat 34
   Untuk kitten dari umur 1-4 bulan
4)Royal Canin Exigent 33 Aromatic Attraction
   Untuk kucing yang sensative kepada bau
5)Royal Canin Exigent 35/30 Savour Sensation
   Untuk kucing yang sensative kepada rasa makanan
6)Royal Canin Exigent 42 Protein Preference
   Untuk kucing yang memilih/kucing yang sensative terhadap makanan
7)Royal Canin Hair & Skin 33
   Sebagai nutrisi untuk kecantikan bulu dan kulit kucing
8)Royal Canin Indoor +7
   Untuk kucing indoor yang berumur lebih 7 tahun
9)Royal Canin Indoor Adult 27
    Untuk kucing indoor berumur 1-10 tahun
10)Royal Canin Indoor intense Hairball 34
     Merawat masalah hairballs
11)Royal Canin Kitten 36
     Untuk kucing mengandung dan anak kucing dalam peringkat pembinaan tulang dan otot (4-12 bulan)
12)Royal Canin Kitten Persian 32
     Untuk kitten parsi sehingga umur 12 bulan, dan untuk ibu kucing menyusu/megandung
13)Royal Canin Light 40
     Untuk kucing Obese
14)Royal Canin Maine Coon 31
     Untuk kucing Maine Coon berumur 1-10 tahun

Guaranteed Analysis

Crude Protein (min)...............36.0%
Crude Fat (min).....................17.0%
Crude Fiber (max).................3.5%
Moisture (max)......................8.0%

Nak lebih tahu, klik sini


4) Blackwood
Benefit


  • Super-premium, all-natural chicken protein
  • Nutritionally balanced and complete for all life stages
  • No corn, no wheat, no soy
  • No artificial flavors or colors
  • Optimal nutrition for optimal wellness




One of favourite kibbles in Malaysia, Blackwood bagi jaminan yang ramuannya tidak mengandungi corn,wheat & soy. Most kucing2 pun sukakan brand ni juga.

Aneka Pilihan
1)Adult Cat Food
2)Indoor Formula Cat Food
3)Kitten Food
4)Lean Cat Food
5)Original Formula Cat Food
6)Chicken, Salmon & Vegetable Recipe Canned food
7)Turkey, Triple & Vegetable Recipe Canned Food
7)Ocean Fish & Vegetable Recipe Canned Food


GUARANTEED ANALYSIS: 
Crude ProteinMIN30%
Crude FatMIN17.0%
Crude FiberMAX3.0%
MoistureMAX10%
AshMAX7.0%
Omega 6MIN3.3%
Omega 3MIN0.65%












Maklumat selanjutnya, klik sini

5)ANF


















ANF menggunakan 3 jenis sumber protein yang berlainan sebagai ramuan utama pack. Kombinasi sumber ayam, telur dan ikan dapat menyeimbangkan keperluan amino asid, mineral dan vitamins. Kucing pengguna ANF jarang ada masalah penghadaman dan tinja yang dikeluarkan tak tak cair/lembut memudahkan proses pembersihan kerana ANF ni mudah di hadam. Yang paling special ANF menjaga kualiti bermula dari packaging. ANF meggunakan teknologi terkini untuk meminimumkan kandungan oksigen yang terkandung dalam pack ANF. Untuk membendung kandungan oksigen dalam pack, sesetengah brand komersial menggunakan bahan kontroversi iaitu ethoxyquin secara meluas. Berbanding dengan ANF, teknologi pemprosesan ANF dapat mengurangkan tindak balas antara oksigen dan bahan sensative oksigen yang terkandung dalam formula makanan secara selamat.

Aneka Pilihan
1)ANF Tamiami Litten Formula
2)ANF Tamiami Adult Formula
3)ANF Hairball Formula
4)ANF Low Activity/Senior Formula(Untuk kucing yang dah berusia atai obese)
5)ANF Feline Adult Holistic Formula

Guaranteed Analysis

Crude Protein min 34.00%
Crude Fat min 22.00%
Crude Fiber max 3.00%
Moisture max 10.00%
Ash max 7.00%
Magnesium max 0.10%
Taurine min 0.10%

Maklumat selanjutnya, klik sini

Orait! So macam mana pula dengan komersial brand seperti Whiskas dan Friskies ye? Bagi kami la, kami tak bagi kucing2 kami brand2 ni sebab dulu dah pernah bagi try. Kucing2 kami cirit-birit, bau tinja busuk amat, dan muntah2. Tapi pilihan terpulang kat pet owner dan keserasian makanan mengikut selera kucing masing2. Yang penting kucing kita sihat dan cantik :)


Thursday 11 April 2013

Undilah Kami Untuk Masa Depan Kucing

Salam olz.. Mood mengundi dah melanda. Sementara tu kami nak post gelagat2 si comel beraksi nak menang undi untuk pilihan raya kucing vs anjing PRKA13... layanzzz

"Ah tidakkk..kenapa kau yang terpilih jadi wakil bulus.. amek kaww.."
Peringkat Pemilihan calon

"Bertenang ahli dewan bulus sekalian.Pemilihan calon berdasarkan kriteria2 yang dah ditetapkan dalam buku ni. Saya yakin kita akan menang besar menentang parti anjing"
Kata Ketua parti bulus

Sayalah wakil bulus dun Whiskas.undilah saya

"Undilah saya, saya janji akan memperuntukan sebuah kolam besar bebas buaya untuk kamu dan kaum kerabat."
Seekor wakil bulus cuba meraih undi dari rakyat jelata 

"Nampaknya itik2 dh terpengaruh dgn bulus..Hmm..kena cari manifesto sesuai untuk pancing undi.."
Anjing bakal merangka manifesto meletop

"Undi saya untuk kesejahteraan semua.Saya berjanji akan memberikan treat percuma kepada pengundi saya"
Salah seekor anjing berucap

"Jangan harap kau boleh menang,aumm"
Pergaduhan berlaku antara wakil rakyat

Berlangsung hari mengundi...jeng3.. mari kita tengok siapa yang menang

"Harap2 semua wakil bulus menang"

Banyaknya undian nak kena kira. pening kepala zorro.

"Tak kira siapa pemenang,  moh la kita berbaik ye"

Dengan ini di isytiharkan Parti Bebas Encik Nab telah menang kerusi penuh bergaya dengan majoriti 10 undi.

APAKAH????!!!!